Selasa, 29 Mac 2011

Alat pelindung tulang keting(shin pad)..BBM bukan elektronik

Alat pelindung tulang keting(shin pad) ini boleh digunakan sebagai alatan untuk tujuan keselamatan semasa dalam permainan sukan seperti bolasepak,hoki dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis dan jenama alatan ini di jual di pasaran.(Replika di sebelah kiri).

Rabu, 23 Mac 2011

Pendapatan Mourinho, Messi paling lumayan

PARIS: Lionel Messi dan Jose Mourinho adalah pemain dan pengurus yang mendapat bayaran termahal dalam sukan bola sepak, menurut majalah France Football.
Pemain Barcelona yang juga pemenang dua kali pemain terbaik dunia, Messi memperoleh 31 juta euro (RM133.6 juta) daripada pendapatan dan tajaan pada 2011 manakala pengurus Real Madrid, Mourinho memperoleh pendapatan 13.5 juta euro (RM58.2 juta).


Jumlah pendapatan Messi bagaimanapun masih terlalu jauh berbanding bintang golf, Tiger Woods yang meraih 53 juta euro (RM228.5 juta) untuk menjadi atlet sukan paling kaya.
Pesaing terdekat Messi dalam bola sepak adalah bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang meraih 27.5 juta euro (RM118.6 juta) manakala penyerang Manchester United, Wayne Rooney ketiga dengan pendapatan 20.7 juta euro (RM89.2 juta).


Liga Perdana Inggeris menjadi liga paling menguntungkan apabila tujuh pemainnya tersenarai di antara 20 pemain yang mendapat bayaran tertinggi.


Dua bekas bintang Liga Perdana, David Beckham dan Thierry Henry yang kini bermain pada liga MLS di Amerika Syarikat (AS) masing-masing berada di ranking kelima dan ke-11 dengan pendapatan 19 juta euro (RM81.9 juta) dan 13.6 juta euro (RM58.6 juta).
Antara pengurus yang berada di belakang Mourinho adalah pengendali Barcelona, Pep Guardiola dengan 10.5 juta euro (RM45.2 juta) dan bekas jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez dengan 10.2 juta euro (RM43.9 juta).


Pengurus England, Fabio Capello pula di tempat keempat dengan jurulatih dari Itali itu menerima pendapatan 8.5 juta euro (RM36.6 juta) menurut kajian majalah France Football itu. - AFP

FAM bubar skuad bola sepak wanita

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membubar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi meneruskan usaha mencari bakat baru sebelum membentuk pasukan lebih mantap pada masa depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ekoran pembubaran itu, pemain lama yang berpengalaman akan dipertimbang untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak wanita negeri.

“Mereka akan membantu FAM mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi,” katanya selepas merasmikan kursus kejurulatihan akar umbi bola sepak wanita bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), semalam.
Beliau berkata, sebelum menubuhkan kembali skuad bola sepak wanita, FAM akan memberi tumpuan kepada program berkaitan pembangunan akar umbi di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak wanita.

Program pembangunan itu bermula April tahun lalu tapi hanya membabitkan beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Bekas kapten skuad wanita kebangsaan, Angela Kais, 31, berkata, walaupun sedih, dia gembira dengan usaha FAM menganjurkan program itu.
“Bila skuad wanita dibubar, kami tiada tempat untuk bermain tapi usaha FAM menganjurkan program pembangunan bola sepak wanita di peringkat akar umbi memberi peluang untuk kami membantu FAM kumpul pemain baru,” katanya.

Seramai 31 wakil yang dipilih persatuan bola sepak negeri kecuali Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak dihantar menyertai kursus lima hari yang berakhir Sabtu ini.
Kursus itu dikendalikan dua pelatih Fifa iaitu bekas jurulatih pasukan bola sepak Jerman, Manika Staab dan pegawai Fifa Samuel Schweingruber.

Kali terakhir skuad wanita kebangsaan menyertai kejohanan ialah pada temasya Sukan Sea Laos 2009.

Ahad, 20 Mac 2011

Video dalam sukan

Antara midfielder yang mempunyai hantaran paling tepat di dunia dalam permainan bolasepak..Juan Roman Riquelme(Argentina).

Legenda bolasepak dunia dari Brazil,Roberto Carlos yang terkenal dengan kehebatan tendangan percumanya menunjukkan bagaimana teknik-teknik yang digunakan untuk melakukan tendangan percuma yang kuat dan padu.Beliau pernah merekodkan sepakan percuma selaju 112 km/j semasa perlawanan menentang Perancis dan merupakan salah satu jaringan tercantik dalam sejarah bolasepak.

Edgar Davids "The Pitbull",antara legenda bolasepak dunia dari Belanda menceritakan bagaimana cara untuk bermain di posisi "Defensive Midfielder".

Teknik melakukan hantaran menggunakan tumit belakang.."back heel pass".



Teknik melakukan hantaran dalam permainan hoki padang.

Teknik melakukan gelecekan dalam permainan hoki padang.

Teknik melakukan "set piece" semasa mengambil pukulan sudut penalti dalam permainan hoki padang.

Teknik melakukan libasan "gulung"@ libas pari@ "Roll Spike' dalam permainan Sepak Takraw.

Teknik menimang bola dalam permainan Sepak Takraw.

Pertembungan dua "killer" terbaik dunia..Pornchai Kongkaew dan Poonsak Permsap dari Thailand.









Sabtu, 19 Mac 2011

Kulit buku teknologi pendidikan

Buku ini menceritakan tentang perjalanan karier salah seorang legenda terhebat dalam sejarah sukan bolasepak..Ronaldo Luis Nazario De' Lima..

Sajak oleh Sasterawan Negara..



GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi 


(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979






OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.



Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.


Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.


Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.


Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988





Selasa, 8 Mac 2011

Gambar-gambar inovasi

BASIKAL FUTURISTIK
Kemajuan dalam bidang pembuatan mungkin menyebabkan basikal berbentuk ringkas seperti ini mampu dibuat. Basikal ini direkabentuk oleh John Villareal dan tidak mustahil menjadi basikal akan datang.

LORI BIONIK
Rekabentuk lori ini adalah rekabentuk bionik. Oleh kerana badan lori ini bersegmen jadi lori ini boleh dipanjang dan dipendekkan mengikut keperluan. Rekabentuk bersegmen ini diambil daripada serangga seperti lipan.Lori ini direkabentuk oleh Haishan Deng merupakan inovasi terbaru bagi rekabentuk lori sedia ada.

STERIKA KREATIF
Rekabentuk sterika yang kreatif. Jika anda biasa sterika baju, anda akan mengalami masalah menegakkan sterika sementara mahu memperbetulkan baju yang hendak di sterika. Mungkin ini rekabentuk yang bakal menyelesaikan masalah tersebut.

KERETA ELEKTRIK
Kereta Elektrik Aptera ini bakal berada di atas jalan pada masa yang terdekat ini. Rekabentuk yang futuristik berbeza dengan kereta yang berada di atas jalan sekarang ini menjadi penarik pada masa hadapan.


ROBOT PENYELAMAT
Robot penyelamat pada masa depan ini direkabentuk oleh Daniel Shankland, seorang pereka yang telah memenangi beberapa pertandingan. Menurut Daniel, robot ini dicipta bagi melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya terdapat bencana besar berlaku. Dengan itu, tugas menyelamat menjadi lebih mudah kerana robot ini dapat melakukan tugas yang berat dan sukar. Dengan saiz yang agak besar, robot ini mampu melaksanakan tugas menggantikan tugas pasukan penyelamat.

KAPAL PELAYARAN MASA HADAPAN
Oculus adalah sebuah kapal untuk kegiatan pelancongan dengan bersaiz 250 kaki telah direkabentuk oleh E. Kevin Schopfer. Oculus ini adalah kapal pelancongan jarak jauh mempunyai fungsi yang sama seperti kapal sekarang tetapi lebih canggih dan berbentuk moden. Sesuai untuk digunakan oleh kegiatan pelancongan mewah dan juga rekreasi. Rekabentuknya menjangkaui peredaran zaman dan menjadikannya sebagai kapal pada masa akan datang.



Tempat letak basikal yang aneh

Tolak basikal kesayangan anda ke dalam dan biarkan ia pergi

Mesin akan menyedut basikal anda dan lenyap begitu sahaja

KERETA RALLY MITSUBISHI 2025
Ini adalah kereta konsep rally Mitsubishi yang mungkin digunakan pada tahun 2025. Apa yang menariknya adalah pada setiap tayar kereta ini dilengkapi dengan enjin yang akan menggerakkan kereta ini. Dengan menggunakan enjin berkuasa elektrik, kereta ini mampu digunakan untuk kereta lumba rally pada masa akan datang. Selain itu, kereta konsep ini tidak mempunyai cermin depan dan tingkap. Oleh itu pemandu hanya menggunakan skrin dalaman untuk melihat apa yang berlaku di luar kereta ini.

KERETA BANDAR
Kereta konsep yang diberi nama Drop ini adalah sebuah kereta konsep sesuai digunakan di bandar-bandar. Kereta yang direkabentuk oleh Rubem De Floriani dari Brazil adalah bersaiz kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja. Kelebihan yang terdapat pada kereta ini adalah ianya mudah untuk diletakkan dan menggunakan ruang yang sedikit. Idea yang praktikal ini dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar. Walau bagaimanapun kereta ini tidak membawa apa-apa makna sekiranya terlalu banyak kereta seperti ini di bandar dan mewujudkan kesesakan lalu lintas.

KERETA @ TROLI MASA HADAPAN
Bayangkan anda memandu kereta kecil dan kompak di dalam bandar masa depan. Kereta tersebut dilengkapi dengan teknologi moden dan canggih. Membawa anda menelusuri bandar metropolitan yang besar dan tersusun dengan lancar tanpa kesesakan lalu lintas. Kereta yang anda bawa itu bukanlah kepunyaan anda tetapi dimiliki oleh sebuah syarikat pengangkutan awam. Kereta ini bagaikan sebuah troli di pasaraya besar. Untuk menggunakannya anda hanya perlu memasukkan sejumlah wang dan kereta ini serta merta menjadi milik anda untuk sementara waktu. Setelah memandu dengan tenang dengan suasana bandar tanpa pencemaran ini, anda telah sampai ke destinasi yang dituju. Anda melihat sebuah stesen khas dan anda memberhentikan kereta di stesen tersebut dan membiarkan sahaja begitu. Hasil kerja oleh Roberto Vackflores dari Santiago,Chile.

STESEN TERBANG ANGKASA
Sebuah lapangan terbang akan dibina di New Mexico. Ini bukan sebarangan lapangan terbang tetapi sebuah stesen untuk membawa penumpang ke angkasa. Syarikat pelancongan Virgin Galactic adalah syarikat yang akan memberi perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas. Penerbangan ke angkasa ini mungkin akan bermula pada tahun 2010.

KHEMAH CANGGIH LUTSINAR
CANGGIH... khemah gelembung dan lutsinar direka untuk memberi pemandangan panorama menakjubkan kepada penghuninya. Sesiapa saja yang ingin mencuba kelengkapan luar ini pasti mahu membawa langsir bersama-sama mereka. Walaupun ia lebih kelihatan seperti mangkuk gergasi ikan emas, rekaan terbaru ini sebenarnya ialah khemah lutsinar. Dengan pemandangan panorama menakjubkan di sekitar kawasan perkhemahan, struktur lut sinar ini direka untuk membolehkan orang ramai berada serapat mungkin dengan alam semula jadi.
Bagaimanapun, ia jauh lebih canggih berbanding peralatan perkhemahan tradisional. Dengan dilengkapi almari, rak dan lampu elektrik, khemah gelembung ini kelihatan lebih daripada sebuah bilik hotel yang boleh bergerak berbanding khemah biasa.